Monday 23 May 2016

KHASIAT KURMA MEMBEKAL TENAGA

Kurma sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan bila-bila masa. Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh.

Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Sebab itu, amalan makan kurma perlu dilakukan sepanjang tahun dan bukannya hanya ketika berbuka puasa sahaja.

Seperti mana juga buah-buahan lain, kurma mempunyai banyak jenis.

Antara jenis kurma yang terkenal ialah kurma mariami.

Buah kurma maryami juga dikenali kurma piarom atau kurma coklat. Kurma mariami salah satu jenis kurma semi-kering yang paling lazat dan kaya khasiat.

Kurma mariami mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap kurma terbaik kerana pengeluaran mereka ekslusif di Hajiabad, Iran dalam persekitaran organik dan bersih.

Kurma mariami adalah kurma panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam. 

Kurma maryami dapat disimpan selama 18 bulan. 

Kurma mengandungi nutrien penting seperti vitamin (A, B, C dan E), mineral, zat besi, potasium, magnesium, mangan, protein, serat, karbohidrat dan gula ringkas. 

Sumber serat yang besar, menggalakkan kesihatan pencernaan, dan juga telah didapati mampu membantu mencegah kanser tertentu seperti kanser kolon dan kanser perut. 

Kadar potasium yang tinggi dapat membantu menjaga tekanan darah yang sihat dan kadar magnesium yang tinggi bermanfaat untuk otot dan saraf. Kurma maryami sangat baik untuk lelaki. 

Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir pula, khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Rasulullah SAW gemar makan kurma atau mengutamakan memakan kurma berbandinga makanan lain.

Hadis riwayat Ahmad bermaksud: "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air."

Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi SAW berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."

Satu kajian mendapati, khasiat kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.

Khasiat kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Dapatan kajian juga menyatakan kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.

Di samping itu, kurma dapat menambahkan tenaga seksual.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. 

Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. 

Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Kandungan kalium ini membantu menurunkan tekanan darah dan membekalkan tenaga untuk mencegah strok secara langsung.

Khasiat kurma:
- Membekalkan tenaga.
- Menurunkan tekanan darah.
- Mencegah angin ahmar.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mencerdaskan minda.
- Menguatkan urat rahim semasa proses kelahiran.
- Membantu memudahkan kelahiran bayi.
- Menghindar penyakit barah.
- Membantu proses penghadaman.
- Mencegah lemah otot.
- Mengurangkan sengal-sengal badan,
- Mencegah barah urus.
- Menambahkan tenaga seksual.
- Membantu proses tumbesaran.
- Menurunkan paras kolestrol dalam darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Antivirus.
- Mengawal paras gula.
- Menguatkan tulang dan gigi.
- Antioksidan.
- Mencegah keradangan.

Pada Mac 2021, penyelidik di Nigeria mendapati kurma dapat membantu meningkatkan kualiti sperma daripada segi bentuk dan kelajuan.
 
Kualiti sperma sangat penting sebagai pengukur untuk mengetahui tahap kesuburan lelaki. Ini berkait rapat dengan cara hidup dan pemakanan.
 
Oleh itu, lelaki perlu mengambil pemakanan yang mempunyai gizi seimbang.
 
Kajian mendapati antioksidan, selenium, zink, omega 3, koenzim (CoQ10), karnitin dan makanan lain yang kaya dengan nutrien tertentu amat membantu dalam meningkatkan kualiti sperma lelaki.
 
Terdapat tujuh nutrien tambahan dalam kurma yang boleh membantu meningkatkan mutu sperma lelaki. Nutrien pertama ialah antioksida. Tekanan oksidatif dan kekurangan antioksidan adalah antara faktor mengganggu kualiti sperma apabila ia merosakkan DNA dalam sperma.
 
Tubuh memerlukan antioksida untuk membantu memperbaiki sel dan DNA yang rosak. Oleh itu, kerosakan sel serta DNA akibat tekanan oksidatif perlu diperbaiki.
 
Kurma mengandungi antioksida diperlukan badan. Ini disokong kajian dilakukan oleh pengkaji dari Tunisa pada 2009 yang mendapati, kurma tinggi antioksida dan mampu membantu meningkatkan kualiti sperma.

Nutrien kedua adalah zink iaitu antara mineral penting dalam tubuh. Zink membantu melindungi sperma daripada rosak akibat serangan bakteria. Dengan kata lain, ia juga memainkan peranan penting sebagai antibakteria.
 
Di samping itu, ia turut mengurangkan kerosakan pada kromosom dalam sperma.
Zink juga memainkan peranan penting dalam perkembangan testis dan proses penghasilan sperma iaitu spermatogenesis.
 
Kekurangan zink boleh mengganggu spermatogenesis dan punca masalah daripada segi morfologi yang dikenal pasti sebagai teratozopsermia. Ia juga mampu mengganggu tahap testosteron serum lelaki.
 
Di dalam kurma terdapat lebih kurang 0.29 miligram (mg) hingga 0.44 mg zink per 100 gram (g). Ia bergantung pada jenis kurma. Contoh, sebiji kurma medjool mengandungi lebih kurang 0.11mg zink iaitu bersamaan satu peratus berdasarkan peruntukan diet harian disarankan (RDA) untuk lelaki.
 
Nutrien seterusnya adalah selenium. Ia adalah mineral dan komponen penting terkandung dalam selenoprotein.
 
Selenium berfungsi sebagai antioksidan bagi melindungi sperma daripada spesies oksigen reaktif (ROS) yang mana ia adalah elemen yang mengganggu ketika proses penghasilan sperma (spermatogenesis).
 
Kajian membuktikan, kekurangan selenium dalam badan boleh mengganggu jumlah, pergerakan dan morfologi sperma.

Pada 2017, penyelidik di Pakistan mendapati, suplemen selenium mampu memperbaiki kualiti sperma daripada segi jumlah, pergerakan dan morphologi. Selain itu, selenium mampu membantu meningkatkan nafsu lelaki.
 
Kandungan selenium dalam kurma ialah kira-kira tiga hingga empat mikrogram (mcg) per 100g yang bergantung kepada jenis dan saiz buah berkenaan.
 
Nutrien tambahan keempat dalam kurma ialah frukrosa iaitu kandungan gula dalam kurma dengan 7.7g fruktosa untuk sebiji kurma. Fruktosa mempunyai nilai indeks glisemik (GI) rendah berbanding sukrosa dan glukosa yang sesuai kepada pesakit kencing manis.
 
Bagi pesakit yang gemar makanan manis, mereka boleh mengambil kurma mengandungi fruktosa. Ini kerana rasa manisnya lebih daripada sukrosa dan glukosa, tetapi mempunyai nilai GI rendah. Ia tidak akan mengganggu kesuburan jika diambil pada kadar berpatutan.
 
Nutrien seterusnya adalah serat yang kandungannya tinggi di dalam kurma.
Kandungan serat bagi sebiji kurma seberat 24g ialah hampir 1.6g. Serat antara nutrien yang membantu proses pencernaan dan membantu mengurangkan berat badan.
 
Setiap lelaki dan perempuan perlu mencapai indeks jisim tubuh (BMI) yang ideal. Berat badan ideal dengan BMI di bawah 30 amat membantu dalam menghasilkan sperma berkualiti.
 
Kajian pada 2008 berkaitan berat badan lelaki, kualiti sperma dan masalah mati pucuk mendapati, berat badan juga berkaitan dengan kesuburan lelaki.
 
Kurma kaya dengan vitamin seperti A, D dan K yang mana nutrien ini membantu meningkatkan fungsi pembiakan lelaki. Terdapat kajian menjelaskan kepentingan vitamin D dalam sperma terutama pergerakan.

Vitamin lain dalam kurma bertindak sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan kesan tekanan oksidatif terhadap sperma dan ia membantu meningkatkan fungsi sistem pembiakan lelaki.
Nutrien yang turut terdapat dalam buah kurma ialah flavonoid iaitu nutrien yang terdapat dalam tumbuhan tertentu bertindak balas sebagai antioksidan dan anti radang kepada tubuh manusia.
 
Hasil kajian mendapati, kurma mengandungi 13 jenis flavonoid. Selain itu, ia turut mengandungi flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam tumbuhan.
 
Flavonoid mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan mengurangkan jangkitan kuman ke atas sistem badan terutama sistem pembiakan lelaki.
 
Pada 2018, pengkaji dari Amerika Syarikat mendapati, flavonoid bertindak sebagai antioksida yang mengurangkan kesan ROS terhadap sperma.
 
Oleh itu, pengambilan kurma dalam jumlah berpatutan secara konsisten mampu meningkatkan tahap kesihatan terutama kesuburan lelaki.

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) merupakan kegiatan kokurikulum berbentuk ketenteraan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara kita untuk melahirkan pegawai simpanan angkatan tentera.

Program seumpama ini juga dijalankan di banyak negara di seluruh dunia.  Contohnya  di Indonesia ia dikenali sebagai Rejimen Mahasiswa, Australia (Univerisity Regiment of Australia), Amerika Syarikat (Reserve Officers Training Corp) dan di Bangladesh dikenali National Cadet Corp.

Penubuhan PALAPES di IPTA merupakan satu manifestasi kepentingan penglibatan semua peringkat lapisan masyarakat, terutama di kalangan cerdikawan dan tenaga pakar dalam semua bidang, dalam pasukan simpanan angkatan tentera.

Pasukan simpanan tentera amat diperlukan sebagai benteng pertahanan kedua negara untuk membantu anggota tentera tetap.  Keberkesanan dan kepentingan ini terbukti ketika negara mengalami zaman darurat dahulu. 

Pada ketika itu, kerajaan telah menubuhkan Pengawal Kampung (Home Guard) yang terdiri daripada penduduk yang secara sukarela menyumbangkan tenaga untuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis.  Kewujudan Pengawal Kampung banyak  membantu pihak tentera dan polis mengawal keamanan yang secara langsung menyekat niat jahat komunis untuk menguasai negara. 

Setelah terbukti keberkesanan Pengawal Kampung, maka parlimen telah meluluskan   Ordinan Askar Wataniah 1958 untuk memperkenalkan sebuah organisasi yang lebih tersusun, berkesan dan berkeupayaan sebagai pasukan simpanan kepada angkatan tentera.

Hasil Ordinan Askar Wataniah1958, maka tertubuhlah Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) yang secara langsung berada di bawah pentadbiran angkatan tentera.  Ramai bekas ahli Pengawal Kampung menyertai PSTD.

Di pusat IPTA, penglibatan pensyarah dalam mahasiswa mempertahankan negara secara ketenteraan bermula pada tahun 1963 ketika ketika negara berkonfrantasi dengan Indonesia.  Pada 3 April 1965, di Universiti Malaya ditubuhkan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Universiti Malaya. Pada awalnya penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu Gajah, Perak, sewaktu cuti semester.

Tragedi 13 Mei 1969 menyaksikan Kompeni ini berkembang ke IPTA lain dengan penubuhan Kompeni A di ITM, Kompeni B di UPM dan Kompeni C di UKM dengan UM menjadi markas Batalionnya. Berikutan dengan semangat juang yang tinggi dikalangan pelajar-pelajar IPTA ini, Brigadier General Dato' Abdul As Ismail selaku Pengarah Askar Wataniah ketika itu telah mengambil inisiatif berbincang dengan Naib-naib Canselor Universiti dan pengarah ITM ketika itu untuk menubuhkan Reserve Officer Training Unit (ROTU).

Pada 18 Disember 1978, Jawatankuasa Turus Angkatan Tentera telah meluluskan penubuhan ROTU atau Reserve Officer Training Unit dengan objektif untuk melahirkan Pegawai-pegawai sukarela dari kalangan pensyarah, kakitangan dan pelajar di IPTA.

Pada 26 Februari 1979, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera darat dan dihadiri oleh Naib-naib Canselor Universiti dan Pengarah ITM telah diadakan untuk menubuhkan ROTU di IPTA masing-masing.

Universiti Kebangsaan Malaysia mendahului pusat pengajian tinggi lain menubuhkan PALAPES iaitu pada 1 Julai 1979 dan diikuti IPTA lain.  Kewujudan PALAPES di IPTA bukan sahaja tanda sumbangan luhur warga kampus kepada keperluan pertahanan negara, malah ia memainkan peranan penting pembentukan sahsiah siswa.

Program PALAPES dengan segala ciri ketenteraan telah berjaya membentuk siswa yang memiliki kepimpinan, berilmu, berdisiplin, beriman, cinta negara, jati diri, gagah dan setia.

Program PALAPES terbuka kepada semua siswa dan siswi yang mengikuti pengajian sekurang-kurangnya selama tiga tahun.  Mereka juga perlu memenuhi syarat fizikal dan kesihatan seperti ditetapkan untuk anggota tentera tetap.

Sukatan pelajaran atau latihan untuk anggota PALAPES secara keseluruhannya sama seperti diikuti oleh pegawai kadet tetap di pusat latihan tentera.

Perbezaan program PALAPES berbanding pegawai kadet tetap hanyalah dari segi kaedah latihan dijalankan.  Program PALAPES dijalankan secara sambilan selama tiga tahun, manakala latihan pegawai kadet tetap dijalankan sepenuh masa dalam jangkamasa yang lebih pendek.

Program PALAPES merangkumi kurikulum ketenteraan secara amali dan teori.  Ia meliputi latihan kawat (pelbagai kawat), senjata, ilmu medan perang, semboyan, pentadbiran, kepimpinan, undang-undang tentera, moral, agama, etika, perhubungan dan jasmani.

Latihan untuk anggota PALAPES dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih anggota tentera tetap.  Ia diadakan di kawasan bersesuaian dengan keperluan latihan seperti di kem tentera, pusat latihan dan hutan, selain di kawasan sekitar kampus.

Anggota PALAPES mendapat hak yang sama seperti anggota tentera simpanan lain.  Segala kelengkapan berkaitan ketenteraan disediakan oleh angkatan tentera.  Selain itu, anggota PALAPES juga layak mendapat elaun dan kemudahan lain ketika menjalani latihan.

Selain menimba ilmu ketenteraan, program PALAPES juga diambil kira sebagai sebahagian daripada syarat keperluan kokurikulum yang ditetapkan oleh sesetengah IPTA.  Justeru, penyertaan di dalam PALAPES dimasukira dalam kelulusan keseluruhan pengajian akademik.

Latihan PALAPES dilaksanakan selama 3 tahun. Tahun pertama adalah Peringkat Junior,tahun kedua adalah Peringkat Intermediate dan tahun Ketiga adalah Peringkat Senior. Pada dasarnya jenis Latihan yang dijalankan di PALAPES adalah mirip kepada Latihan Kadet Angkatan tetap ATM. 

Pegawai kadet PALAPES yang berjaya menamatkan latihan penuh selama tiga tahun dan lulus semua syarat ditetapkan akan ditauliahkan sebagai pegawai simpanan angkatan tentera mengikut cabang perkhidmatan latihan yang diikuti iaitu sama ada darat, laut atau udara.

Selepas menamatkan pengajian, mereka dikehendaki melapor diri di mana-mana pasukan Siri 500 Askar Wataniah bagi tentera darat dan unit atau pangkalan yang ditetapkan untuk tentera laut dan udara yang berdekatan tempat tinggal masing-masing sebagai pegawai simpanan.

Mereka juga berpeluang menjadikan bidang ketenteraan sebagai kerjaya dengan menyertainya di bawah skim pegawai kerahan, Skim Graduan atau Tauliah Tugas Iktisah.  Mereka berpeluang ditugaskan mengikut bidang kemahiran masing-masing selaras dengan pemodenan sistem pertahanan negara yang memerlukan lebih ramai tenaga pakar dalam pelbagai bidang.    



Kurus secara sihat dengan mengamal Lemon Plus Jamu Jelita

 
Ingin kurus secara sihat? Caranya mudah dan berkesan dengan mengamalkan Lemon Plus Jamu Jelita

Kebaikan dan kebekesanan Lemon Plus Jamu Jelita membantu seseorang menjadi kurus diakui pengguna kerana menggunakan rumauan atau bahan semulajadi yang memang terbaik.
 
KANDUNGAN LEMON PLUS JAMU JELITA:
- Lemon
- Limau gedang
- Garcinia cambogia
- Teh hijau
- Cerepron-F
- Vitamin C 7.
- Inulin
- Sitrus
- Guarana
- Stevia
- Hithione

KEBAIKAN LEMON PLUS JAMU JELITA:
- Membantu membakar lemak dengan lebih cepat.
- Membantu mengeluarkan lebihan cairan dalam tubuh.
- Mengeluarkan toksin dari tubuh. 
- Membantu meningkatkan kadar metabolisme.
- Membantu pencerahan kulit dengan adanya kandungan Cerepron-F.

CARA PENGAMBILAN:
- Bancuh 1 sachet Lemon Plus dengan 150ml air sejuk dan goncang sebati.
- Amalkan sehari 1 sachet selepas waktu makan tengah hari atau malam.
- Ada 20 sachet. 
 

Sunday 22 May 2016

Kebaikan khasiat ginkgo biloba antikanser

Gingko biloba atau ginkgo biloba adalah hasil daripada pokok gingko. Dua unsur penting yang terdapat dalam gingko yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada kesihatan ialah iaitu flavonoid dan terpenoid.

Flavonoid adalah antioksidan berasaskan tumbuhan. Kajian menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan.

Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.

Oleh itu ramai yang mengambil produk gingko percaya bahawa ia boleh meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi masalah peredaran darah.

Kebaikan Gingko Biloba:
- Memperbaiki pengaliran darah.
- Meningkatkan prestasi otak.
- Mengubati sakit kepala dan migrain.
- Mengubati masalah kemurungan.
- Merawat penyakit asma.
- Merawat tinitus (masalah pendengaran).
- Merawat glaucoma (masalah penglihatan).
- Membaiki peredaran darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Memberi perlindungan kepada pusat memori.
- Antikanser

Kebaikan amal minum alor vera gel Forever

Aloe vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. 

Jika dilihat pada struktur tumbuhan aloe vera itu sendiri, bahagian luar daunnya yang keras dan tebal secara semula jadi memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli.

Jeli pada bahagian berkenaan mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia yang mana kebaikannya terutama pada kulit. Keadaan itu dapat dilihat pada sifat semula jadi jeli yang bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat.

Bahagian dalam jeli yang terdedah itu akan terlindung daripada serangan bakteria. Sifat perlindungan semula jadi itu akan terhasil apabila jeli itu digunakan untuk memelihara kulit manusia.

Berdasarkan beberapa kajian, aloe vera adalah tumbuhan paling banyak khasiat yang digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak lebih 5,000 tahun dahulu.

Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.

Komponen terbaik aloe vera ialah mempunyai sifat membersih dan anti-septik, bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat.

Tumbuhan ini juga berupaya menghalang jangkitan kerana bersifat anti bakteria. Berfungsi memelihara kulit dan membaiki sel yang rosak dan penghasilan kolagen dan protein yang mengawal proses penuaan kulit dan kedutan.

Mengambil kebaikan khasiat pokok aloe vera maka lahirlah produk Forever Aloe Vera Gel.

Keistimewaan Forever Aloe Vera Gel
:
- Kesegarannya dikekalkan pada 99.875% dengan menggunakan teknologi penstabilan. 
- Teknologi pembuangan kulit menjadikan ia selamat diminum. 

Pengambilan aloe vera membantu tubuh dengan membuang apa yang tidak baik dan meningkatkan kualiti dalaman tubuh.

Kenapa perlu minum aloe vera?
- Jika anda sihat, minuman aloe vera akan meningkatkan kesihatan organ dalaman anda dan menjadikan anda lebih cergas, bertenaga dan sihat.
- Jika anda kurang sihat, ianya akan membantu perawatan organ dalaman tubuh anda

Pengambilan Forever Aloe Vera Gel bergantung kepada individu. Ada yang bermula dengan dos yang besar seperti setengah gelas mahupun secawan ataupun bermula dengan dos yang kecil seperti 20ml dua kali sehari atau mengambilnya dalam lingkungan 60ml dua kali sehari - waktu pagi sebelum bersarapan dan sebelum anda tidur.

Untuk kesan yang maksimun, elakkan dari makan apa-apa selama sejam selepas pengambilan aloe vera

Kanak-kanak untuk usia setahun ke atas - berikan 15ml dua kali sehari

Aloe Vera bukanlah sejenis "overnight cure" yang akan melakukan segala-galanya dalam tempoh yang singkat. Pun begitu setiap orang mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk melihat kesannya.

Apa yang penting, segala amalan yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan yang tinggi kolesterol dan seumpamanya haruslah dihentikan. Berikan ruang untuk tubuh anda mengalami pembaikan atau istilahnya adjustment.

Bolehkah pesakit kencing manis mengambil Aloe Vera Gel?
Dalam sesetengah pesakit kencing manis, didapati Aloe Vera meningkatkan jumlah insulin yang dihasilkan oleh badan.

Sesiapa yang mempunyai diabetes yang ingin mengambil aloe vera harus sedar tentang perkara ini dan harus berunding dengan doktor mereka untuk memastikan bahawa tahap insulin mereka adalah betul dan dipantau dengan teliti.

Terdapat ramai pesakit kencing manis kini minum gel atau jus aloe vera dan mendapati bahawa diabetes mereka "under control" di mana berat badan mereka adalah lebih stabil dan mereka lebih bertenaga.

Alahan dan masalah kulit? Jika takut untuk menghadapi alahan, ambil langkah "ujian pertama" - minum dos pertama anda dan lihat kesannya. Bagaimanapun setakat ini belum ada masalah dan menjadi penawar kepada pelbagai permasalahan kulit.

Bolehkah wanita mengandung mengambil Forever Aloe Vera Gel? Sebagai peneraju pengeluar produk kesihatan berasaskan Aloe Vera di dunia ini, produk ini adalah tulen dan stabil serta telah dapat digunakan dengan selamat oleh wanita-wanita hamil.

Tempoh keberkesanan penggunaan Forever Aloe Vera Gel bergantung kepada penerimaan badan individu. Sebagai bahan semulajadi, ianya mengambil masa untuk perawatan tubuh dan bergantung kepada individu itu sendiri kerana tahap tindakbalas badan manusia adalah saling berbeza. 

Tuesday 3 May 2016

Minum teh hijau cara jaga kesihatan

Di benua Amerika Selatan terdapat sejenis pokok yang dikenali yerba mate. Ia merupakan tumbuhan asli yang tumbuh di hutan. Yerba mate diakui kaya khasiat dan manfaat kebaikan untuk kesihatan manusia. 

Yerba mate telah digunakan sebagai bahan menghasilkan minuman seperti teh semenjak 400 tahun yang lalu di Argentina dan lain-lain negara Amerika Selatan. Sebab itu ia juga dikenali teh yerba mate.

Yerba mate mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan dan baik untuk manusia seperti zat mineral, lemak asid, klorofil, polyphenol, asid pantothenik dan 15 jenis asid amino.

Minum tea yerba mate boleh membantu merawat pelbagai penyakit terutama mencuci racun dan mengurangkan keasidan dalam tubuh.

Justeru, tea yerba mate boleh membantu menyelesaikan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser perut, keletihan, masalah kulit, melangsingkan badan dan melancarkan metabolism badan.

Disebabkan ia banyak diamalkan penduduk di Argentina, yerba mate turut digelarkan sebagai Tea Hijau Argentina.

Antara kebaikan khasiat teh hijau yerba mate ialah:
- Menguatkan ketahanan tubuh untuk malawan penyakit.
- Membersihkan darah yang kotor.
- Menghancurkan batu karang di buah pinggang.
- Menurunkan kadar gula.
- Membuang kolesterol.
- Membuang racun dalam darah.
- Mengeluarkan asid urik.
- Antikanser. 
- Melancar pembuagan air kencing.
- Membantu menguatkan otot jantung.
- Membantu melegakan insomnia.
- Meningkatkan pembakaran lemak.
- Mengurangkan berat badan.  
- Melegakan panas badan.
- Mempercepatkan pemulihan dari keletihan.
- Meningkatkan daya ingatan dan tumpuan.
- Membantu mengatasi tekanan darah tinggi.
- Sesuai sebagai minuman harian yang sihat
- Berfungsi sebagai detox. 

Cara penyediaannya: 
- Masukkan uncang teh hijau yerba mate dalam air panas. 
- Minumlah sekeluarga tanpa pantang. 
- Bolah tambah air sehingga rasa tawar. 
- Hampas teh boleh diminum atau dijadikan mask untuk muka bagi menghilangkan jerawat atau menghaluskan muka.